Wednesday, February 16, 2011

Mesyuarat Pengelolaan



Tuan,

MESYUARAT PENGELOLAAN PERKHEMAHAN PERTANDINGAN KADET BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA PERINGKAT DAERAH TAWAU 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa pihak pengelola perkhemahan akan mengadakan mesyuarat pada ketetapan berikut:
Tarikh                   : 18 Februari 2011 ( Jumaat )
Masa                     : 8.30 pagi
Tempat                : Bilik Teratai, SMK Balung Tawau Sabah
Agenda                :
                2.1 Ucapan Pengerusi
                2.2 Pelantikan Ahli Jawatankuasa
                2.3 Penetapan tarikh & tempat perkemahan
                2.4 Penetapan Yuran perkhemahan
                2.5 Syarat & format pertandingan
                2.6 Hal-hal lain

3.            Oleh itu wakil dari sekolah tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut untuk memudahkan pengurusan perkhemahan tersebut. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


No comments: