Tuan,
MESYUARAT KALI KE-2 PENGELOLAAN PERTANDINGAN KAWAD KADET BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA PERINGKAT DAERAH TAWAU 2011
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa pihak pengelola pertandingan akan mengadakan mesyuarat kali ke-2 pada ketetapan berikut:
Tarikh : 9 Mac 2011 ( Rabu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Teratai, SMK Balung Tawau Sabah
Agenda Mesyuarat :
1.1. Ucapan Pengerusi
1.2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama
a) Tarikh Pertandingan : 23 & 24 Mac 2011
b) Tempat Pertandingan : Padang SMK Balung, Tawau
c) Kerjasama : Balai Bomba Tawau
d) Yuran Pertandigan : RM 322.00 setiap sekolah
1.3. Pengesahan Penyertaan
1.4. Penyerahan Yuran Pertandingan
1.5. Pemeriksaan Borang Pendaftaran
i. Borang KK02
ii. Borang KK01
iii. Salinan Kad Pengenalan (disahkan)
iv. Borang Pendaftaran Mengikut Acara
1.6. Hal-hal lain
3. Pihak pengelola terpaksa meminda tarikh mesyuarat ke-2 kerana pada 10 Mac akan diadakan mesyuarat Perkampungan Sains Peringkat Negeri Sabah di SMK Balung. Diminta juga pihak tuan untuk 'download' n cetak minit mesyuarat pertama untuk dibawa bersama pada mesyuarat ini nanti. Segala kesulitan amatlah di kesali.
4. Oleh itu wakil dari sekolah tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut untuk memudahkan pengurusan pertandingan. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
4. Oleh itu wakil dari sekolah tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut untuk memudahkan pengurusan pertandingan. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
- salinan SURAT PANGGILAN MESYUARAT KALI KE-2
- salinan Minit Mesyuarat Kali Pertama