Friday, March 2, 2012

Senarai pengiliran tahun 2012

Salam untuk semua.

- Saya dah upload senarai pengiliran bagi setiap acara.
- Mohon cikgu untuk download dari tab Muat Turun

Friday, March 11, 2011

Perubahan Yuran Pertandingan


Tuan,

MAKLUMAN PERUBAHAN YURAN PENYERTAAN PERTANDINGAN KAWAD KADET BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA PERINGKAT DAERAH TAWAU 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa setelah perbincangan pihak pengelola dan keputusan mesyuarat pengelolaan kali ke-2 pada 09 Mac 2011, pihak pengelola pertandingan bersetuju untuk mengurangkan yuran pertandingan dari RM 322 kepada  RM 200.00 .

3.            Segala kesulitan amatlah dikesali. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Wednesday, February 23, 2011

Mesyuarat Pengelolaan Kali Ke -2


Tuan,

MESYUARAT KALI KE-2 PENGELOLAAN PERTANDINGAN KAWAD KADET BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA PERINGKAT DAERAH TAWAU 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa pihak pengelola pertandingan akan mengadakan mesyuarat kali ke-2 pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 9 Mac 2011 ( Rabu )
Masa      : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Teratai, SMK Balung Tawau Sabah
                                Agenda Mesyuarat         :
1.1.     Ucapan Pengerusi
1.2.     Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama
a)        Tarikh Pertandingan      : 23 & 24 Mac 2011
b)        Tempat Pertandingan    : Padang SMK Balung, Tawau
c)         Kerjasama                      : Balai Bomba Tawau
d)        Yuran Pertandigan         : RM 322.00 setiap sekolah
1.3.     Pengesahan Penyertaan
1.4.     Penyerahan Yuran Pertandingan
1.5.     Pemeriksaan Borang Pendaftaran
                                                                                    i.            Borang KK02
                                                                                   ii.            Borang KK01
                                                                                 iii.            Salinan Kad Pengenalan (disahkan)
                                                                                 iv.            Borang Pendaftaran Mengikut Acara
1.6.    Hal-hal lain
 
3.            Pihak pengelola terpaksa meminda tarikh mesyuarat ke-2 kerana pada 10 Mac akan diadakan mesyuarat Perkampungan Sains Peringkat Negeri Sabah di SMK Balung. Diminta juga pihak tuan untuk 'download' n cetak minit mesyuarat pertama untuk dibawa bersama pada mesyuarat ini nanti. Segala kesulitan amatlah di kesali.
 
4.            Oleh itu wakil dari sekolah tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut untuk memudahkan pengurusan pertandingan. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Wednesday, February 16, 2011

Mesyuarat Pengelolaan



Tuan,

MESYUARAT PENGELOLAAN PERKHEMAHAN PERTANDINGAN KADET BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA PERINGKAT DAERAH TAWAU 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa pihak pengelola perkhemahan akan mengadakan mesyuarat pada ketetapan berikut:
Tarikh                   : 18 Februari 2011 ( Jumaat )
Masa                     : 8.30 pagi
Tempat                : Bilik Teratai, SMK Balung Tawau Sabah
Agenda                :
                2.1 Ucapan Pengerusi
                2.2 Pelantikan Ahli Jawatankuasa
                2.3 Penetapan tarikh & tempat perkemahan
                2.4 Penetapan Yuran perkhemahan
                2.5 Syarat & format pertandingan
                2.6 Hal-hal lain

3.            Oleh itu wakil dari sekolah tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut untuk memudahkan pengurusan perkhemahan tersebut. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


Wednesday, February 9, 2011

Selamat Datang ke Blog Kadet Bomba SMKBT

Salam 1 Malaysia. Harap blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat be blogging.